Terma & Syarat Pengedar & Affiliate

TERMA DAN SYARAT-SYARAT URUSNIAGA SIMPLISITI RESOURCES untuk pengedaran Koleksi Adik Ceria
Terdapat tiga bentuk urusniaga untuk rakan niaga SimpliSiti Resources, iaitu:

A. Program affiliate
B. Diskaun pembelian secara pukal untuk pengedar
C. Terma konsainan (consignment)


A. Program affiliate

Program affiliate SimpliSiti Resources memberi peluang kepada affiliate untuk mendapatkan komisen tanpa mengeluarkan modal untuk membeli stok. Langkah-langkah dan aliran proses adalah seperti berikut:

1. Affiliate mendaftar dengan SimpliSiti Resources dengan memberikan butir-butir nama, alamat, nombor telefon, dan alamat blog/website melalui email.
2. Affiliate akan diberi nombor affiliate beserta gambar dan maklumat produk.
3. Affiliate meletakkan gambar dan maklumat produk dalam blog/website mereka.
4. Affiliate menerima order/pesanan dan bayaran (termasuk pos) daripada pelanggan.
5. Affiliate memaklumkan SimpliSiti Resources maklumat tempahan (termasuk alamat untuk dipos) dan memasukkan bayaran (termasuk pos, dan ditolak komisen) ke dalam akaun SimpliSiti Resources.
6. SimpliSiti Resources akan mengepos produk-produk yang dipesan terus kepada pelanggan.

Nota:
a) Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai affiliate.
b) Komisen untuk affiliate ialah sebanyak 15%.
c) Kos pos: RM4 (pos biasa)

Contoh: Pelanggan memesan 2 pasang produk Smiley Pink saiz M (harga RM35 sepasang) dan membayar RM74 (RM70 + pos RM4). Ejen affiliate membayar RM70-15%=RM59.50 + pos RM4 = RM63.50 kepada SimpliSiti Resources sebelum produk dipos kepada pelanggan. Keuntungan bersih untuk affiliate berjumlah RM10.50.


B. Diskaun pembelian secara pukal untuk pengedar


Harga sebelum diskaun Diskaun Harga selepas diskaun Kos penghantaran (pos berdaftar)
RM200 (dan ke atas) 20% RM160 RM5
RM500 (dan ke atas) 25% RM375 RM10
RM1000(dan ke atas) 30% RM700 RM20
RM1500(dan ke atas) 35% RM975 RM30

· Pengedar layak mendapat diskaun bagi jualan terkumpul, terhad kepada diskaun maksimum 35%, dengan syarat setiap pembelian berikutnya tidak kurang daripada RM200 (sebelum diskaun). Contohnya, belian pertama jumlah sebelum diskaun RM500, dapat 25%. Belian kedua RM1000, sudah layak untuk mendapat 35% kerana belian terkumpul sudah mencapai RM1500.

· Terma bayaran: 50% sewaktu memesan, dan 50% selepas barangan sampai (sekiranya menggunakan khidmat penghantaran). Kos penghantaran ditanggung oleh pengedar dan boleh dijelaskan selepas barangan sampai.

· Pengedar boleh menukar baju, bergantung kepada stok. Kos pertukaran ditanggung oleh ejen.

· Harga jualan adalah sebagaimana yang tertera di dalam laman web rasmi SimpliSiti Resources di http://simplisiti.blogspot.com. SimpliSiti Resources tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kenaikan atau pengurangan harga oleh mana-mana pihak yang menjual produk kami.


C. Terma konsainan (Consignment)

· Baju boleh diambil secara kredit selama tempoh 14 hari dengan deposit sekuriti 30% daripada nilai produk.
· Had maksimum ambilan ialah dengan nilaian RM1500 (jumlah sebelum diskaun).
· Diskaun pembelian sama dengan pembelian pukal secara tunai (rujuk jadual diskaun di atas) dan dikira setelah menolak jumlah baju yang tidak terjual.
· Ejen hendaklah menjaga baju dengan baik dan melipat dan menyimpannya dalam sampul plastik asal.
· Baju yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan baik iaitu tidak kotor, rosak atau pun basah.

Terma dan syarat-syarat di atas hanya untuk pembelian Koleksi Adik Ceria (t-shirt kanak-kanak bermesej Islami) sahaja.